Home » Bloggers are Risk Takers » Manifesto PR: Kesilapan pertama pembangkang.

Manifesto PR: Kesilapan pertama pembangkang.

Parti pembangkang Malaysia gagal membentuk sebuah kerajaan pusat, sejak 12 pilihan raya yang lalu, kerana ia gagal memahami serta mempelopori isu penting kehendak setiap etnik dalam negara. Isu penting bagi satu etnik mungkin tidak begitu penting kepada satu etnik yang lain.

Sebaliknya, Barisan Nasional yang memiliki pengalaman memerintah selama lebih 55 tahun, berjaya menggunakan strategi pilihanraya yang hampir sama, saban tahun, iaitu, sentimen perkauman.

Dengan menyusup masuk fear factor ke dalam sentimen perkauman, BN berjaya memecah-belahkan undi kembali kepada mereka, terutama pada saat-saat terakhir pengundian.

Malang bagi parti pembangkang, walaupun mereka sudah kenal pasti akan strategi “fear factor” yang diwujudkan ini, namun pembangkang tidak berjaya menanganinya dengan berkesan. Apatah lagi, pembangkang berusaha bersaing dengan parti pemerintah BN di atas landasan kekuatan BN.

Tahun demi tahun, dan pada setiap kali pilihanraya, Barisan Nasional telah menggunakan strategi yang sama:

1) Menanam ketakutan di dalam sanubari rakyat,
2) Memecah-belahkan ikatan pembangkang, dan
3) Menafikan hak pembangkang menyalurkan maklumat kepada rakyat jelata.

1) Menanam Ketakutan Dalam Sanubari Rakyat

UMNO meletakkan dirinya sebagai penyelamat Bangsa Melayu. Di bawah UMNO, orang Melayu diberi jaminan bahawa hak keistimewaan bangsa Melayu yang termaktub di dalam perlembagaan akan sentiasa dijaga dengan baik. Walaupun, pada hakikat sebenarnya UMNO telah banyak mengkayakan bangsa lain daripada Melayu; menghapuskan lebih 50% daripada tanah simpanan Melayu; memberi laluan kawasan majoriti Melayu kepada kaum-bukan-Melayu; dan menghapuskan Kementerian Usahawan Melayu; namun kewujudan dasar NEP/DEB memberi PERSEPSI bahawa UMNO tetap adalah pejuang bagi bangsa Melayu.

Konsep asas Barisan Nasional adalah perkongsian kuasa, di mana setiap parti komponen bekerja keras untuk menjaga kebajikan kaum etnik masing-masing. MCA, Gerakan dan SAPP menjaga kebajikan kaum Cina. MIC, PPP, IPF, Makkal Sakti dan (mungkin) Hindraf menjaga kebajikan etnik India. Manakala, UMNO adalah satu-satunya parti yang menjaga kebajikan etnik Melayu, pada masa yang sama terpaksa memastikan jalinan mesra antara kaum ini berjalan dengan lancar. Oleh kerana bilangan parti yang menjaga kepentingan bangsa bukan-Melayu adalah jauh lebih banyak daripada UMNO sendiri, maka pemimpin Melayu UMNO sentiasa berada di dalam keadaan tertekan.

Maka, isu sensitiviti perkauman orang Cina, seperti hak untuk meneruskan pendidikan di dalam bahasa Cina, serta hak untuk memiliki pendidikan berpandukan silibus negara asing, terpaksa diluluskan oleh kerajaan BN, pimpinan UMNO. Walaupun pada kos pentadbiran yang amat tinggi dan tidak produktif.

Hasil daripada sistem pendidikan yang berasingan ini, penduduk Malaysia semakin berpecah. Jurang perbezaan antara kaum semakin ketara. Menanti belah.

Begitu juga keadaanya dengan desakan untuk membuka ladang-ladang babi serta kuil-kuil Hindu di celah-celah perkampungan masyarakat Melayu. Masyarakat Melayu terpaksa ‘menutup mata sebelah’ kerana yakin dengan persepsi bahawa HANYA UMNO MAMPU MENJAGA HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU. Walaupun perkara itu tidak lagi benar.

Bagi kaum Cina, mereka ditakutkan dengan konsep kerajaan Islam ‘fanatik’ yang dibawa oleh parti PAS, kejatuhan bursa saham, serta rusuhan yang bakal merugikan perniagaan mereka. Dan yang penting lagi, hak meneruskan pendidikan Cina bakal dihentikan oleh PAS.

Kedua-dua kaum terbesar ini (Melayu, 65%, Cina 25%) seringkali dilaga-lagakan oleh parti pemerintah. Orang Melayu takut kehilangan hak keistimewaan mereka, manakala orang Cina khuatir akan kehilangan hak perniagaan mereka.

2) Memecah-belahkan Ikatan Pembangkang

PKR, DAP dan PAS adalah tiga parti berasingan ideologi, yang mana setiap satu memiliki hak saksama di dalam pakatan pembangkang. PAS mahu menubuhkan sebuah kerajaan Islam yang berlandaskan ajaran Quran dan Sunnah. DAP mahukan hak sama rata antara pelbagai kaum, dan mahukan Artikel 153 dalam perlembagaan yang melindungi hak keistimewaan orang Melayu di hapuskan. Manakala, PKR mahukan sebuah kerajaan pelbagai etnik yang bersih serta bersifat adil kepada semua warganegara Malaysia. A coalition made in hell.”

Perbezaan ideologi yang amat ketara ini, ditambahi pula dengan penguasaan mutlak media masa serta ‘kantung poket yang dalam’, memudahkan kerajaan Barisan Nasional memporak-perandakan barisan pemimpin pembangkang. Memperbesarkan isu yang kecil, dan mengecilkan isu yang besar.

Kelantangan suara Karpal Singh sebagai pemimpin tertinggi DAP, yang suka dipetik oleh pemberita, dengan mudah mengeruhkan lagi keadaan.

3) Menafikan Hak Pembangkang untuk Menyalurkan Maklumat

Semua media massa dalam negeri adalah milik parti pemerintah. Saluran maklumat kepada rakyat sudah ditapis dengan begitu rapi sehingga rakyat buta terhadap pelbagai penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin2 parti pemerintah. Sehinggalah saluran maklumat melalui media alternatif (internet) membuka ruang besar bagi pembangkang.

Sebelum itu, tiada siapa akan ketahui penyelewengan besar seperti kes Lembu Syarizat-NFC, kapal selam Scorpene, Attantuya-Deepak-Bala, pembelian cincin RM24 juta, projek RM110 juta permata, dan banyak lagi.

20130228-124918.jpg

Kebelakangan ini, parti pemerintah telah melepaskan CyberTroopers ke internet yang berperanan mengucar-kacirkan maklumat di internet. Gambar2 serta video2 yang berkeliaran di internet ditokok-tambah dan diedit sehingga warga internet sendiri mula curiga akan kesahihan maklumat yang diceduk daripada internet.

Kemudian pula, majlis-majlis penerangan pembangkang ke kampung2, seringkali diganggu agar tidak dapat dilaksanakan dengan tenteram. Hasil daripada beberapa tangkapan, jelas membuktikan para pengacau2 ini mendapat restu daripada pemimpin2 tempatan UMNO sendiri.

Di mana silap Manifesto PR?

Bagaimanakah cara pembangkang menangani strateggi pilihanraya BN ini? Setakat ini, pembangkang telah, sedikit sebanyak, berjaya membuka mata sebahagian besar orang Melayu bahawa UMNO sebenarnya tidak menjaga hak orang Melayu, sebaliknya mengkayakan ahli keluarga, kaum kerabat serta ahli-ahli parti komponen sahaja. Pendedahan2 korupsi yang dilakukan oleh kerajaan BN, oleh sdra Rafizi, sebagai ketua strategi PKR, melalui media alternatif telah berjaya mengalehkan sokongan kepada pembangkang.

Rakyat hampir mula bersedia menyerahkan pentadbiran kerajaan kepada pembangkang, kerana mahukan sebuah kepimpinan yang telus, lagi profesional. Rakyat mahukan negara terus membangun, serta unsur2 korupsi dalam kerajaan, dihapuskan sama sekali. Rakyat sudah bersedia memberi peluang kepada pembangkang untuk menyapu bersih “kekotoran” dalam kerajaan, dan seterusnya memandu negara ke satu hala tuju yang lebih cemerlang.

Namun, pembangkang tersilap langkah. Manifesto PKR yang baru2 ini dilancarkan bukan sahaja berusaha membuat lebih daripada yang termampu, “Tying to bite more than what they can chew.”, malah memberi kesan negatif kepada pengundi Melayu.

PKR dan Rafizi mengumumkan akan MEMANSUHKAN NEB/DEB, suatu isu yang penting bagi masyarakat Melayu. Bagi mereka (terutama bagi penduduk kampung), NEB/DEB adalah simbol terakhir kepada hak keistimewaan orang Melayu.

Malah, langkah pembangkang untuk menerimapakai ujian UEC sekolah persendirian Cina serta pertambahan mendadak kerusi yang diperuntukkan kepada DAP (daripada 47 kepada 57 kerusi) dilihat sebagai ketidak upayaan PKR/PAS menyekat kemaraan pemimpin Cina.

Kekhuatiran semakin memuncak apabila para pengendali laman web pembangkang gagal menjawab mudah soalan rakyat, “sekiranya DAP memenangi kerusi yang terbanyak berbanding kepada PKR dan PAS, menjelang PRU13 kelak, adakah itu bermakna Lim Kit Siang bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia?”

Soalan itu sahaja sudah cukup untuk menjauhkan pengundi2 Melayu daripada parti pembangkang. Tanpa sokongan padu daripada pengundi2 Melayu, kemungkinan besar nyawa kerajaan BN masih boleh disambung untuk 4-5 tahun akan datang. Akan tetapi, jika BN memenangi PRU13, semua ahli2 pemimpin pembangkang sesama penyokong2 mereka sekali bakal terhapus.

Dengan kesilapan besar ini, ternyata pakar strategi PKR sendiri gagal mendalami strategi pakar perang, Sun Tzu: “The opportunity to secure ourselves against defeat lies in our own hands, but the opportunity of defeating the enemy is provided by the enemy himself.”

– DM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s