Home » Bloggers are Risk Takers » Pakar Tenaga: Malaysia tidak pelu tambah loji nuklear mahupun IPP sehingga 2025.

Pakar Tenaga: Malaysia tidak pelu tambah loji nuklear mahupun IPP sehingga 2025.

Pada bulan September 2008, beberapa bulan sesudah peralihan kuasa daripada PM Abdullah Badawi kepada PM Najib, Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi ketika itu, Datuk Shaziman Abu Mansur mengumumkan keputusan kerajaan BN untuk membina loji tenaga nuklear sebagai sumber utama penjanaan elektrik dalam negara. Menurut beliau lagi, loji nuklear Malaysia bakal beriperasi pada tahun 2013 kerana ketika itu, negara bakal ketandusan bekalan gas asli dan arang batu.

Peruntukan sebanyak RM50 juta telah diluluskan oleh kabinet bertujuan untuk membiayai kajian perunding antarabangsa bagi mengenalpasti lokasi-lokasi tempatan yang terbaik untuk loji-loji nuklear yang bakal dibina.

20130221-124034.jpg

Akan tetapi, menurut kajian seorang pakar elektrik Ir G. Lalchand, Malaysia sebenarnya tidak memerlukan tambahan tenaga elektrik, dalam bentuk loji nuklear mahupun IPP, kerana keperluan elektrik Malaysia sudah mencukupi sehingga tahun 2025.

Ir G. Lalchand telah mempamerkan hasil kajiannya dalam 4 siri, bertajuk “Electricity Demand and Supply in Peninsular Malaysia: Energy Efficiency, Renewable Energy, or Nuclear?”, di sebuah blog pensyarah UPM, Christopher Teh B.S.

Rumusan utama daripada kajian tersebut mendapati:

1) Penjanaan elektrik (supply) yang disediakan oleh loji-loji TNB serta IPP sediada boleh menampung keseluruhan keperluan (demand) pasaran sehingga tahun 2013. Malah, kini terdapat situasi lebihan-pengeluaran (over-supply)’ dan kebanyakan loji2 sedia ada sekadar beroperasi 50-60% daripada kapasiti.

2) Negara masih belum mempelupori sepenuhnya, mahupun memaksimakan penjanaan tenaga bersih seperti angin, solar dan sebagainya, sebelum memilih tenaga nuklear untuk dilaksanakan.

3) Malaysia masih mampu menangguhkan pembinaan loji nuklear sehingga selepas 2025, dan dengan itu membuka pintu ruang yang lebih luas bagi menerima teknologi-teknologi tenaga bersih yang lebih moden, pada masa-masa akan datang.

Kajian ini telah dihasilkan pada bulan Julai 2012.

Namun, pada 21hb Februari 2013, kurang enam bulan sebelum tamatnya tempoh pemerintahan kerajaan Barisan Nasional, syarikat Siemens dan Samsung telah dianugerahkan kontrak jangkapanjang bagi pembinaan sebuah lagi loji tenaga bernilai RM 2.47 billion, di Seberang Prai, Pulau Pinang.

Isu-isu yang perlu diambil perhatian adalah:

1. Rakyat Malaysia bakal menanggung kos elektrik tinggi bagi memastikan keuntungan IPP asing ini.
2. Tenaga Nasional akan terpaksa membeli tenaga daripada sebuah IPP asing, walhal bekalan tenaga yang sedia ada sudah melebihi permintaan. Malah, IPP sediada hanya beroperasi sekitar 50-60% kapasiti.
3. Mengapa kerajaan BN tergesa-gesa menandatangai perjanjian jangkapanjang, walhal pilihanraya umum (PRU 13) bakal di adakan kurang dari enam bukan dari sekarang?

Sebuah rang undang2 baru wajar digubal segera untuk membatas mana2 parti pemerintah drp memasuki sebarang perjanjian jangka panjang, dalam enam bulan tempoh terakhir pilihan raya di adakan.

– DM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s