Home » Bloggers are Risk Takers » Bailout PERWAJA dan Industri Keluli Malaysia: Rakyat Dapat Apa?

Bailout PERWAJA dan Industri Keluli Malaysia: Rakyat Dapat Apa?

20130219-112511.jpg

18/2/2013: Kuala Lumpur akan mengenakan duti impot terhadap batang keluli yang dibawa masuk daripada negara Taiwan, China, Indonesia dan Korea Selatan. Menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa (MITI), duti impot yang bertujuan mengekang kemasukan bahan keluli berharga murah ini akan berkuatkuasa selama lima tahun, mulai hari Rabu (20/2/2013).

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh MITI, sebuah siasatan telah dijalankan sejurus menerima aduan daripada Amsteel Mills Sdn Bhd, sebuah anak syarikat gergasi keluli tempatan, Lion Group.

Batang keluli (steel wire rods) merupakan bahan struktur asas yang diperlukan bagi setiap projek pembinaan rumah. Kos bahan asas inilah yang menentukan harga rumah di pasaran.

Di bawah dasar pengalakan industri berat ketika zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir, harga batang keluli berjaya distabilkan melalui penubuhan syarikat milik penuh kerajaan, Perwaja Steel Sdn Bhd. Perwaja menghasil (serta mengawal) harga keluli bilet, iaitu bahan mentah yang diperlukan oleh industri keluli bawahan (downstream) untuk penghasilan produk keluli, seperti batang keluli.

Pada tahun 1997, Perwaja telah diswastakan kepada Maju Steel Sdn Bhd, sebuah syarikat pengeluar batang keluli kecil yang beroperasi di Merlimau, Melaka, setelah mengalami kerugian dalam anggaran RM7 billion. Sebahagian besar daripada hutang lapuk ini telah dihapuskan oleh kerajaan BN.

Pada tahun 2006, Maju Holdings Sdn Bhd telah menjual 51% ekuiti pemilikan Perwaja kepada Kumpulan Kin Kee (Pengerusi Dewan Perniagaan Cina, Datuk Pheng Yin Huah) pada harga lelong RM287 juta. Dengan mengunakan strategi (aset dismantling) korporat, aset Perwaja yang bernilai berbillion ringgit (termasuk jentera, kilang, lori2 panjang, hartanah, dsb) kemudiannya dijual/diagihkan kepada lain2 kilang di bawah kumpulan Maju/KinKee/Kinsteel.

Pada masa yang sama, kerajaan BN terpaksa meningkatkan geran/pinjaman kadar rendah secara berterusan kepada Perwaja. Amaun terakhir yang diketengahkan oleh ketua pembangkang di parlimen, berjumlah RM 16 billion.

Pada tahun 2008, Perwaja telah disenaraikan di Bursa Saham dan sekali gus mendapat suntikan modal tambahan sebanyak RM 50 juta. Dua tahun selepas itu, Ketua Menteri Pulau Pinang mendedahkan lapuran Audit Negara dimana Kerajaan Malaysia telah melupuskan sekali lagi sebanyak RM 1.7 billion daripada hutang tertunggak Perwaja. Encik Lim menyoal mengapa hutang ini dilupuskan, sedangkan Perwaja adalah sebuah syarikat tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur, serta lebih daripada mampu untuk mendapatkan wang murah (melalui pengeluaran sukuk atau panggilan tunai).

Pada awal tahun 2012, seramai 400 orang pekerja dari Kilang Perwaja di Gurun, Kedah telah diberhentikan kerja. Para pekerja mendakwa mereka diberhentikan kerja kerana aktif bergiat/berkecimpung di dalam persatuan buruh (union). Mereka turut menyoal sekiranya benar Perwaja mengalami kerugian besar, mengapa kilang di Terengganu masih beroperasi lagi, sementara pekerja2 baru terus diambil. Apatah lagi, pada tahun 2008-9 PERWAJA telah mengurniakan kontrak kepada sebuah syarikat di Zurich bagi meningkatkan pengeluaran bilet keluli sebanyak 750,000 metrik tan lagi.

Para ahli korporat pula berpendapat, setelah proses ‘dismantling’ dilakukan, segala aset bernilai di kilang gurun mungkin telah selesai diagihkan ke kilang2 sekutu bagi menaiktaraf kilang2 sekutu yang memiliki jentera sertta peralatan usang.

Para pemerhati politik pula berpendapat, syarikat Maju Holdings yang akrab dengan Timbalan Perdana Menteri mungkin ingin menunjukkan taat setia kepada kerajaan BN, lalu menghapuskan 400 pekerjaan di Kedah, sebuah negeri yang telah berjaya dirampas oleh parti pembangkang, pada tahun 2008.

Hari ini, industri besi-keluli Malaysia dikuasai oleh tiga syarikat konglomerat besar, iaitu Kumpulan Lion, kumpulan Ann Joo/Malayawata, serta Kinsteel/Perwaja. Ketiga-tiga syarikat konglomerat ini amat akrab di antara satu sama lain, dan seringkali berbincang mengenai harga keluli di pasaran. Selain daripada keluli, kumpulan Lion dan Maju Holdings juga turut terlibat di dalam perniagaan hartanah.

Setelah proses penswastaan serta penyenaraian Perwaja selesai, harga jongkong dan bilet keluli meningkat naik secara mendadak. Pada tahun 2008, selepas Perwaja berjaya disenaraikan, harga siling besi keluli berada pada paras RM2,225 hingga RM2,419 setan metrik di Semenanjung Tanah Melayu, manakala di Sabah dan Sarawak adalah antara RM2,275 hingga RM2,519 setan metrik.

Sebagai perbandingan, harga jualan jongkong serta bilet keluli hanya sekadar RM1,242 dan RM905 setan, pada tahun 2003.

Ketika zaman Tun Abdullah Badawi, aktiviti spekulasi hartanah melonjak naik. Projek-projek hartanah menghadapi kekurangan bekalan keluli. Kabinet pentadbiran Abdullah telah mengubal dasar untuk tidak menetapkan harga siling jualan jongkong serta bilet keluli. Hasilnya, harga batang keluli mencecah naik sehingga RM3,500 setan. Ia menghasilkan implikasi besar kepada kos projek-projek perumahan pada ketika itu. Sepanjang tempoh tersebut, harga-harga rumah juga turut melambung berkali ganda.

Selain daripada membuka harga keluli menurut permintaan pasaran, pentadbiran Abdullah juga turut melaksanakan dua lagi langkah besar:

1) Menggalakkan pengimpotan keluli murah dari luar negara bagi mengatasi kekurangan bekalan keluli tempatan, serta memastikan agar pengeluar keluli tempatan tidak mengambil keuntungan berlebihan. Para pengimport besi keluli telah dikecualikan daripada memperoleh lesen import dan daripada membayar duti import.

2) Menggalakkan ‘trade surplus’ dengan memberi kebenaran para pengusaha besi-keluli tempatan mengeksport hasil keluaran mereka ke luar negara.

Walaupun dengan kemasukan bahan keluli berharga murah daripada pasaran antarabangsa berleluasa sejak tahun 2008 lagi, harga rumah tidak turut jatuh. Sepanjang tempoh ini, syarikat2 konglomerat keluli walaupun mengalami kejatuhan harga serta jualan keluli, masih meraih keuntungan besar di dalam perniagaan hartanah mereka.

Maka, apabila Amsteel membuat aduan perniagaan mereka terjejas disebabkan oleh pengimportan keluli murah dari luar negara, ia menghasilkan tanda tanya dalam kalangan pemain-pemain industri sendiri. Selain daripada keuntungan besar di dalam projek hartanah, kilang Amsteel juga turut menghasilkan keluli leper yang digunakan bagi penghasilan kereta. Keuntungan keluli leper adalah lebih menguntungkan kerana selain Amsteel, tidak terdapat banyak persaingan tempatan.

Ternyata, dasar mengenakan cukai duti impot terhadap batang keluli yang dilaksanakan di bawah pentadbiran Najib bakal menyaksikan harga keluli sekali lagi meningkat naik. Begitu juga harga rumah. Akhirnya rakyat Malaysia bakal tertekan lagi, kecuali para spekulasi hartanah serta orang2 yang sememangnya sudah kaya.

Persoalan besar adalah dianggarkan lebih RM8.6 BILLION WANG RAKYAT telah digunakan bagi mem-bailout PERWAJA daripada jatuh muflis.

Apakah faedah yang diraih oleh rakyat? Sekiranya wang berbilion itu digunakan bagi menstabilkan harga keluli agar harga rumah tidak meningkat dengan mendadak, mungkin keputusan bailout itu dapat diterima.

Sekiranyanya juga wang rakyat digunakan bagi menyediakan peluang pekerjaan untuk rakyat, mungkin keputusan tersebut kurang dipersoalkan.

Tetapi jelas ternyata kedua-duanya itu tidak berlaku. Harga keluli meningkat, harga rumah juga turut meningkat sehingga majoriti masyarakat Melayu setakat mampu membeli rumah2 kos rendah, peluang pekerjaan yang sudah dijawat oleh orang Melayu dihapuskan, kemudian dasar kerajaan digubal bagi memastikan keuntungan berpanjangan untuk syarikat2 keluli.

Maka, rakyat dapat apa?

– DM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s