Home » ALLAH versus LORD » Apa punca kegagalan kerajaan2 Islam di dunia?

Apa punca kegagalan kerajaan2 Islam di dunia?

Kerajaan Islam terbesar dunia, iaitu Empayar Uthmaniyah berjaya digulingkan pada kurun ke-19 kerananya. Kerajaan Melayu-Melaka berjaya ditakluk oleh penjajah asing pada kurun ke-16, kerananya juga. Terkini, kerajaan campuran Melayu-BN berada di ambang kejatuhan, tidak lain dan tidak bukan, kerananya juga.

Kerana apa? Kerana kegagalan menurut cara hidup Islamiyah yang diperintah oleh Allah SWT. Kerana pemimpin Islam menerima penasihat-penasihat dari kalangan orang bukan-Islam bagi mentadbir umat Islam. Kerana pemimpin Islam tidak menjaga perbatasan hubungan kaum berbilang-agama sepertimana yang ditetapkan oleh Allah SWT.

Konsep ‘perkongsian-kuasa antara pelbagai bangsa-agama’ yang ditetapkan oleh penjajah British sebagai pre-kondisi kepada kemerdekaan, adalah bertentangan dengan konsep pentadbiran sebuah kerajaan Islam yang berdaulat.

Kaum bukan-Islam hidup terbela di bawah pemerintahan Islam, selagi mereka mengikat janji tidak memusuhi agama serta umat Islam.

Pada zaman pemerintahan Rasulullah, yang kemudiannya dituruti pada zaman-zaman pemerintahan para sahabat, orang-orang bukan-Islam yang ingin menetap serta berdagang di negara-negara jajahan Islam (dan berjanji tidak bermusuhan dengan Islam) diberikan hak untuk hidup dengan aman-damai bersama umat Islam yang lain.

Bayaran zikrah dikenakan kepada setiap kepala kaum bukan-Islam ini bagi memastikan ‘hubungan baik’ ini akan sentiasa terbela. Masyarakat Dhimmi (kaum bukan-Islam di bawah perlindungan kerajaan Islam) tidak dikenakan zakat, sementara cukai pula tidak dipraktikkan di dalam sistem pemerintahan Islam.

Sabda Rasulullah SAW:

“Barangsiapa yang mencederakan seorang Dhimmi (kaum bukan Islam yang berada di bawah perlindungan Islam) akan aku menjadi penentang kepadanya pada hari Kiamat, dan aku sering menang terhadap musuh-musuhku.” [Hikayat Ibn Mas’ud].

Orang bukan-Islam tidak boleh dibenarkan menjadi pemimpin yang menjaga kebaijikan umat Islam.

Islam melarang umat Islam diletakkan di bawah kepimpinan orang bukan-Islam. Pemimpin bukan-Islam hanya dibenarkan menjadi pemimpin kepada kaum mereka sendiri, dan sekiranya terdapat apa-apa perbalahan, pemimpin mereka ini kemudiannya berbincang dengan pemimpin umat Islam bagi menyelesaikan sesuatu perkara.

Dari Ibn Abi Hatim : Pada suatu hari, Sayyidna ‘Umar ibn Al-Khattab telah diminta melantik seorang ketua pengurus dari kalangan bukan-Islam kerana kecekapannya bekerja.

Sayyidna ‘Umar menjawab:

Sekiranya aku ambil dia (sebagai ketua kepada pengurus-pengurus Islam yang lain), ia bermakna aku mengambil orang bukan Islam sebagai ‘orang dalam’ kepada pentadbiranku. Dan sesungguhnya, itu amat ditegah di dalam Al-Quran.”

Setiap keputusan yang diambil oleh para pemimpin besar Islam, seperti Khalifah ‘Umar Al-Khattab ini, adalah berlandaskan kepada Al-Quran. dalam perihal ini, Khalifah ‘Umar merujuk kepada Firman Allah SWT dalam Surah Âl-‘Imran, ayat 118-119.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِّن دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِن كُنتُمْ تَعْقِلُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “bitanah” (“orang dalam” atau orang yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. [118]

“Awaslah! Kamu sahaja yang suka (dan percayakan) mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. Dan kamu percaya kepada segala Kitab Allah (Taurat, Injil dan Al-Quran), sedangkan mereka tidak percaya kepada Al-Quran. Dan apabila mereka bertemu dengan kamu, mereka berkata: “Kami percaya”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah kepada kamu. Katakanlah (wahai Muhammad): “Matilah kamu dalam kemarahan kamu itu. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.” [119]

Perkataan ‘bitanah’ yang digunakan di dalam ayat di atas, bermaksud “orang dalam”, atau “orang yang dipercayai”, atau orang rapat yang mana dikongsikan bersama segala rahsia dan strategi sesebuah pengurusan.

Bitanah terbit daripada perkataan, batin (dalaman), berbanding kepada zahir (luaran). Satu lagi pengunaan perkataan ini adalah: bitanah bermaksud kain nipis di dalam pakaian/baju, berbanding kepada perkataan ziharah untuk kain tebal luaran jubah/baju.

Pemimpin Islam tidak dibenarkan mengambil penasihat bukan-Islam.

Perintah Allah SWT amat jelas sepertimana termaktub di dalam Surah Al-Imran, ayat 118-119 di atas, malah dikuatkan lagi di dalam Surah An-Nisa, ayat 139 dan 144 yang melarang umat Islam mengangkat orang kafir sebagai pemimpin di atas umat Islam. Perintah Allah SWT ini bukan sahaja meliputi pemimpin, malah orang kanan, penasihat, pelindung, serta ‘orang dalam’ kepada pentadbiran sebuah negara Islam.

Pemimpin Islam tidak boleh menjangkaui batas perhubungan dengan kaum kafir, apatah lagi yang menonjolkan sifat-sifat permusuhan terhadap agama serta umat Islam, dari segi percakapan mahupun perbuatan.

Punca kejatuhan kerajaan Islam dunia

Anehnya, larangan ini diikuti dengan teliti oleh bangsa bukan Islam. Di negara komunis seperti Russia dan China, sesiapa yang tidak mengamati ideologi komunisme tidak akan diberikan kepercayaan memegang jawatan tertinggi pentadbiran negara.

Manakala dewasa ini, pemimpin negara Islam pula terkocoh-kocoh menarik para penasihat daripada golongan orang-orang kafir. Empayar Uthmaniyah mula mengalami kemerosotan pada lewat 1880an apabila kerabat dirajanya mula bergantung kepada penasihat-penasihat kafir demi membangunkan negara. Penasihat-penasihat kafir ini telah menggalakkan pemimpin Empayar Uthmaniyah mengambil pinjaman besar daripada bank-bank Yahudi di Eropah bagi menyertai peperangan. Hasilnya Empayar Uthmaniyah goyah disebabkan terpaksa menanggung hutang yang besar, manakala keresahan rakyat bertambah disebabkan oleh kewujudan pelbagai jenis cukai bagi membayar balik hutang.

20130218-123606.jpg Kejatuhan Empayar Uthmaniyah bermula dengan kemasukan penasihat2 kafirdi atas nama pembangunan.

Perkara yang sama sedang berlaku di negara Malaysia. Pemimpin Islam telah mengambil para penasihat dari kalangan orang kafir (APCO, FBC Media, ILO) bagi menetapkan dasar-dasar pemerintahan negara. Cadangan pertama yang diterima oleh para penasihat kafir ini pula adalah menambahan hutang (melalui pengeluaran sukuk) bagi membiayai program-proram pembaziran seperti 1Malaysia, BR1M, subsidi smartphone, KR1M, KarIsma, projek Bakun, projek 12-ampangan, dan sebagainya.

Wang hujan percuma BR1M dan subsidi telefon bimbit suatu pembaziran? YA, suatu pembaziran yang teramat nyata.

Bayangkan. Kerajaan Malaysia sepanjang empat (4) tahun pemerintahan pentadbiran Najib telah mengeluarkan 60% daripada pasaran sukuk dunia. (Baca: Di bawah pemerintahan Najib, negara Malaysia meminjam sejumlah wang yang besar bagi membiayai projek2 yang tidak menghasilkan tambahnilai produktiviti.)

Bagaimanakah pemberian tunai BR1M dapat membasmi kemiskinan? Atau dapat mengurangkan pengantungan rakyat miskin terhadap kerajaan?

Bagaimanakah pembelian smartphone dapat menambah nilai produktiviti remaja, kecuali menambahkan perbelanjaan bulanan mereka?

Bagaimanakah juga menawarkan pinjaman pelajaran sehingga RM150,000 sepelajar dapat menjauhkan masyarakat Islam daripada beban hutang?

Bagaimanakah rakyat jelata boleh mendapat manafaat daripada pembinaan 12 ampangan baru, walhal projek Ampangan Bakun yang memakan berbillion ringgit itupun masih belum terlaksana?

Bagaimanakah kelak kerajaan mampu membayar balik hutang-piutang antarabangsa, tatkala pengeluaran pengilangan negara sudah jatuh merundum? Adakah kelak kerajaan terpaksa ‘memerah duit’ daripada rakyat jelata atau meminta hutang baru bagi membayar kadar bunga yang tinggi.

Keresahan rakyat jelata yang semakin kemuncak dipenghujung zaman pemerintahan Khalifah Uthmaniyah hampir mirip kepada keresahan yang dirasai oleh rakyat Malaysia pada hari ini. Kos kehidupan telah meningkat naik, malah akan bertambah naik lebih tinggi lagi tatkala tempoh matang untuk sukuk-sukuk yang dikeluarkan sepanjang 4 tahun pemerintahan Najib, muncul tiba.

Kerajaan Barisan Nasional akan tersungkur sedikit hari lagi? Sekiranya tidak menjelang PRU13, tentunya ia pasti akan berlaku pada PRU14. Kerana ketika itu, barulah rakyat sedar bahawa sebenarnya mereka telah digula-gulakan dengan rasuah sebanyak RM500.

Sekiranya ia berlaku, yakinlah Allah SWT berkuasa mengantikan umat yang tidak mematuhi ketetapan perintahNYA (sepertimana di dalam surah2 dan ayat2 di atas), dengan umat yang lebih baik lagi bagi menjadi khalifah di bumi milikNYA ini.

A’uzubillah!

2 thoughts on “Apa punca kegagalan kerajaan2 Islam di dunia?

  1. Amat boring hari nie… tapi hati saya terhibur di blog awak .. terima kasih … saya akan lawati lagi blog nie .. harap awak akan sentiasa update dengan cerita2 baru…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s