Home » Sizzling HOT topics in Coffee Dens!!! » Bantuan Persekolahan 1M: Sebuah Nikmat atau Seksaan?

Bantuan Persekolahan 1M: Sebuah Nikmat atau Seksaan?

12:03pm, 30/1/2013: Cuaca amat terik sekali. Bahang panas boleh terasa walau berkali cuba berteduh di bawah kipas angin. Saya baru sahaja kembali daripada sekolah anak2. Hari ini, sekolah SK mengadakan majlis rasmi (tanpa surat jemputan) kepada ibubapa untuk mengambil wang RM100 sebagai ‘bantuan khas persekolahan daripada Kerajaan BN’.

20130131-120612.jpg
“Cikgu suruh datang pukul 10:00 pagi dan lepas ambil duit kami boleh terus ikut balik,” itu pesanan salah seorang drp anak saya yang bakal menerima wang ‘bantuan khas persekolahan’ itu. Ayat kedua, “kami boleh terus ikut balik” menyebabkan saya merajinkan diri ke sekolah.

Saya tiba di perkarangan sekolah tepat lima minit sebelum pukul 10:00 pagi. Pintu pagar masuk utama masih belum dibuka lagi. Hanya pintu pagar kedua (untuk aliran keluar) sahaja yang sudah dibuka luas. Oleh kerana tiada kawasan lapang parkir di luar sekolah, saya terpaksa masuk melalui pintu pagar keluar yang terbuka. Tidak sampai tiga minit kemudian, sebuah kereta ViVa membrek dengan tiba2. Pemandu kereta ViVa berwarna putih itu juga tidak mahu terlepas daripada pintu pagar keluar. BOMMM!

Dua buah motosikal yang mengikuti kereta daripada belakang melanggar kereta Viva daripada belakang. Bumper ViVa tersesel terkeluar, manakala stereng motosikal hampir patah. Pemandu kereta Viva rupa-rupanya di dalam perjalanan ke sekolah untuk mengambil “wang bantuan khas persekolahan” daripada wakil rakyat Kerajaan BN. Ouch, kos membaikpulih bumper dan kedua2 motosikal jauh lebih tinggi daripada wang RM100 “wang bantuan khas persekolahan 1M” itu.

Setibanya kami di sekolah, kami dikehendaki beratur mengambil kupon, beratur mendaftar nama, menyerahkan IC serta menandatangani surat akuan terima wang. Proses tersebut mengambil masa lebih kurang 10 minit (hanya kerna saya antara orang pertama yang sampai). Itupun kerana guru yang bertugas, Cikgu Gan terkial-kial mencari kotak air dan kuih, sambil mengumat-gamit mengutuk pelajar2 Pengawas Darjah 6 yang dipertanggungjawabkan untuk mengangkat kotak minuman serta kuih-muih tersebut, tidak muncul tiba.

Kemudian, kami diminta duduk untuk menunggu kedatangan YB Datuk Gan, Exco Pendidikan BN, yang tiba pada pukul 11:05 pagi. Wah, satu jam menunggu! Sekurang2nya rekod punctualiti YB ini tidak seteruk Ketua Menteri Melaka, yang pernah menyebabkan hadirin tertunggu sehingga 5-6 jam.

Sepanjang 50 minit menunggu, saya berborak2 dengan para ibu yang lain. Hampir 85% yang datang adalah para ibu. Hampir setengah adalah para suri rumah. Manakala daripada lebih kurang 120 orang pelajar, hanya 60-70% sahaja yang hadir.

Antara komen2 yang berlegar sesama para ibu ini termasuklah: “Kan menyusahkan betul. Tahun lepas, tak perlu begini, boleh terus bagi kepada budak2. Ini menghabiskan masa. Kita nak masak-basuh tak boleh. Nak bawa anak2 kecil ke sini lagi susah. Ada yang terpaksa ambil cuti setengah hari, hanya untuk mendapatkan RM100.”

Ada komen lain yang lebih keras, “Ini sudah melampau. Mereka ini paksa kita duduk dengar ceramah, hanya sebab sudah tiba masa untuk mengundi? Duit mungkin kami boleh terima, tapi undi lain-lain ya.”

Guru Penolong Kanan memulakan ucapan dengan berharap bahawa wang sumbangan tersebut dapat digunakan untuk membayar apa2 bayaran sekolah atau buku2 yang tertunggak. Berdesus komen dari bawah pentas: “Apalah yang boleh dibeli sangat dengan RM100 ini?”

Tatkala YB Gan pula berucap, beliau menyenaraikan segala sumbangan hasilkerja yang telah dilakukan untuk ADUN kawasannya sepanjang 5 tahun menjadi ADUN, selaras dengan janji Barisan Nasional ‘Janji DiTepati”. Antaranya termasuklah: 1. Membenteras masalah banjir kilat, 2. Membina sebuah surau, dan 3. Membina sebuah sekolah rendah, menengah serta sekolah agama untuk sebuah taman baharu.

“Aik, lima tahun berkhidmat, itu sahaja yang dia mampu terbuat?” “Mana ada masalah banjir kilat sudah beres? Kampung kami masih banjir lagi sebab parit yang dikorek tidak cukup dalam. Cuma kami sudah malas nak komplen lagi. Dia datang, masuk akhbar, lepas tu senyap sahaja.” Komen orang bawah.

Akhirnya, tiba masanya untuk pemberian wang. Para ibu atau bapa diminta beratur, berjalan seiring anak untuk menerima sebuah angpow berwarna biru tua, yang tercatit Bantuan Persekolahan Pemberian Kerajaan Persekutuan. Di sebelah kiri atas angpow tersebut, terletak lambang rasmi Kerajaan Malaysia dan lambang slogan 1Malaysia yang diwar-warkan oleh Barisan Nasional.

Saya juga terpaksa turut beratur dan bersalaman dengan YB Gan dan barisan guru2 sekolah. Sambil bersalam, akhirnya saya tidak boleh menyembunyikan perasaan. “Dua jam, YB. Dua jam, Cikgu. Kalau buat macam dulukan lebih mudah. Susah untuk kami. Kami nak kena masak, dan banyak lagi perkara yang boleh dibuat kat rumah.” Terpancur keluar segala apa yang diluahkan oleh para ibu2 sebelum itu. YB Gan hanya tersenyum2 sipu.

Sejurus mengambil angpow, kami terpaksa menawaf kawasan belakang dewan yang sempit dan dipenuhi dengan kerusi-meja kayu yang sudah rosak. Kemudian saya terpaksa beratur sekali lagi untuk anak yang kedua.

“Mampus aku. Aku ada tiga orang anak!” Runggut seorang pakcik tua di belakang saya.

Kali kedua saya bersalaman, YB Gan berkata, “Eh, sekali lagi?”

“Ya, YB. Saya nak masak dan basuh baju!” YB tersenggih2 lagi. Saya turut tersenyum. Pertama, kerana YB ingat kepada saya dan komen saya. Kedua kerana YB segera mengarahkan agar disegerakan proses dengan menghimpunkan ibubapa yang memiliki anak ramai, diberikan sekali gus dan tidak perlu tawaf beberapa kali.

Setelah dua kampit angpow di dalam beg, saya dimaklumkan saya perlu mendaki ke bilik darjah bagi membawakan anak2 pulang. Kelas anak pertama terletak di tingkat kedua, blok hadapan. Manakala, kelas anak kedua terletak di tingkat tiga, di blok belakang. Setelah naik-turun tangga, saya terduduk. “Aduh, sakitnya.” Penyakit athritis saya menyerang kembali. Lutut tak boleh bengkok.

Akhirnya apabila kami tiba di kereta, matahari sedang terik memancar. Saya terlupa notebook tertinggal di dalam kereta yang tidak berteduh. Setibanya di rumah, skrin notebook sudah berasap. Kehangatan. Kepanasan.

“Celaka punya kerajaan BN! Semuanya ini untuk RM100? Ceh!”

-DM

One thought on “Bantuan Persekolahan 1M: Sebuah Nikmat atau Seksaan?

  1. Sekiranya khazanah negara berlebihan, sepatutnya kita gunakan wang berlebihan tersebut bagi mengurangkan hutang luar negara. Tapi sekiranya kita tambah hutang bagi memberi angpow-untuk-menagih undi, itu… downright irresponsible!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s